ANALISIS PENDEKATAN MAQASIDI DALAM EKONOMI ISLAM ARUS PERDANA

Authors

  • Norashikin Ahmad
  • Mohd Shukri Hanapi

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis pendekatan maqasidi dalam ekonomi Islam arus perdana. Pendekatan maqasidi ialah pendekatan yang dikemukakan oleh ulama terdahulu berasaskan teori maqasid al-syariah. Maqasid al-syariah telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi Islam yang bertunjangkan prinsip menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan. Prinsip ini digunakan dalam ekonomi Islam bagi membenarkan teori konvensional dengan menggantikan teori yang bertentangan dengan syarak atau menukar teori konvensional dengan teori yang mempunyai ciri-ciri Islam. Persoalannya, apakah pendekatan maqasidi? Bagaimanakah pendekatan maqasidi diaplikasikan dalam ekonomi Islam arus perdana? Bertitik tolak dari permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan meneliti dua perkara utama. Pertama, mengenal pasti pendekatan maqasidi; dan kedua, menganalisis pendekatan maqasidi dalam ekonomi Islam arus perdana. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa pendekatan maqasidi diguna pakai dalam ekonomi Islam arus perdana melalui proses Islamisasi ilmu ekonomi Islam secara separa. Hal ini disebabkan oleh berlakunya pengubahsuaian terhadap beberapa komponen dalam teori konvensional kecuali prinsip asas, norma, andaian dan hipotesis dikekalkan.

Downloads

Published

2021-09-30