PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH SYARIAH: KAJIAN DI BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (SEKSYEN SARAWAK) TERHADAP HAK WANITA DAN KANAK-KANAK

Authors

  • Afifah Baharuddin
  • Zulzaidi Mahmod
  • Ahmad Hidayat Buang

Abstract

Mahkamah Syariah merupakan sebuah institusi kehakiman yang bertujuan melaksanakan keadilan sebagaimana kehendak undang-undang. Penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Syariah hendaklah dipatuhi oleh pihak-pihak. Walau bagaimanapun terdapat pihak yang tidak melaksanakan penghakiman tersebut yang menyebabkan penganiayaan terhadap wanita dan kanak-kanak. Penyelidikan ini dilakukan bertujuan melihat proses penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman melalui fungsi Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (Seksyen Sarawak). Hasil penyelidikan mendapati bahawa kewujudan Bahagian Sokongan Keluarga merupakan satu keperluan wajar bagi membantu wanita dan kanak-kanak menurut perspektif undangundang. Penyelidikan mencadangkan pemerkasaan bahagian ini dilakukan secara holistik dengan keperluan penambahan kakitangan secara kompeten berdasarkan faktor geografi di Sarawak.

Downloads

Published

2021-09-30