PENDEKATAN DAKWAH DALAM SURAH AN-NAHL KE ATAS REMAJA BERMASALAH SOSIAL DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN (KRK) KAMPONG BELIMBING SUBOK, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Authors

  • Seri Ramizah Matussin
  • Anis Malik Thoha

Abstract

Mutakhir ini permasalahan sosial remaja sering menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat. Perkara yang penting untuk diketengahkan adalah apakah pendekatan terbaik dalam memulihkan remaja yang terlibat dengan permasalahan sosial ini. Maka pendekatan dakwah dalam surah an-Nahl 16:125 iaitu dakwah bil-hikmah, bil-mau’izhah alhasanah dan bil-mujadalah bil-Husna dilihat sebagai metode dakwah yang terbaik dan komprehensif untuk dilaksanakan terhadap pemulihan dan bimbingan remaja yang terlibat dengan permasalahan sosial. Di dalam konteks Negara Brunei Darussalam, Kompleks Rumah Kebajikan (KRK), Kampong Belimbing Subok merupakan Institusi Kerajaan yang dijadikan untuk menangani permasalahan sosial remaja. Pelaksanaan dakwah kepada remaja tahanan di KRK setentunya memerlukan strategi yang sesuai dengan latar belakang mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan dakwah yang diguna pakai oleh para pembimbing di KRK dalam menjalankan program bimbingan di sana. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan metode lapangan melalui temubual kepada para pembimbing dan juga analisis dokumen berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa elemen pelaksanaan pendekatan dakwah di KRK masih boleh dipertingkatkan lagi dengan penambahbaikan terhadap aspek kandungan pengisian dan juga metode bimbingan yang bersesuaian dengan metode dakwah dalam surah al-Nahl 16:125.

Downloads

Published

2021-09-30