IMPLIKASI PENDEKATAN KORPORAT TERHADAP PENGURUSAN PEMBANGUNAN TANAH WAKAF: KAJIAN KES DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Authors

  • Muhamad Hazrin Sayuti
  • Azreen Hamiza Abdul Aziz

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan mengenai implikasi pendekatan korporat dalam pengurusan tanah wakaf. Secara umumnya, pendekatan korporat dapat memastikan pengurusan dan penyaluran manfaat wakaf kepada mawquf ‘alayh menjadi lebih berkesan dan sistematik. Di Malaysia, punca kuasa pengurusan wakaf adalah melalui Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-negeri yang memperuntukkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua jenis harta wakaf. Sehubungan itu terdapat isu kekangan tenaga profesional sebagai salah satu sumber manusia dalam menggerakkan perkembangan tanah wakaf. Perkara ini akan menyukarkan MAIN untuk memperoleh sumber kewangan yang mencukupi bagi membangunkan tanah wakaf. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti implikasi pendekatan korporat dalam menguruskan tanah wakaf dengan membuat penilaian khusus di Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk deskriptif dan penganalisisan data menerusi kaedah analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur. Hasil analisis menunjukkan pendekatan korporat berupaya memberi perubahan signifikan terhadap pengurusan tanah wakaf di Selangor. Dapatan juga berjaya memperlihatkan perkembangan pembangunan tanah wakaf Selangor yang lebih dinamik dan bersifat ekonomik.

Downloads

Published

2021-09-30