SOP IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG 1442H DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Authors

  • Nurfahiratul Azlina Ahmad
  • Ahmad Termizi Ab Lateh
  • Adlan Saidin
  • ‘Imaaduddin Abdul Halim

Abstract

Ibadah korban merupakan ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umatnya sejak tahun kedua hijrah. Ketika melaksanakan ibadah ini pendekatan maqasid syariah perlu diterapkan selari dengan pelaksanaannya. Maqasid syariah merupakan faktor penting yang perlu diambil kira dalam proses pelaksanaan atau pensyariatan sesuatu hukum. Menyedari hakikat ini keperluan menterjemahkan maqasid syariah dalam setiap aspek kehidupan sebagai contoh dalam bidang pengurusan ibadah korban pasca covid wajib dititikberatkan. Dalam menyelesaikan isu COVID-19 dengan memberi pengetahuan terhadap rakyat betapa pentingnya fungsi maqasid syariah dalam menjamin kesejahteraan manusia seterusnya menjaga nyawa manusia. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti SOP dan menganalisis SOP yang diguna pakai dalam pelaksanaan ibadah korban. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pendekatan kualititatif merangkumi sorotan dan analisis data sekunder. Dapatan data dianalisis secara sistematik menggunakan penulisan teknik analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan SOP yang diguna pakai dalam ibadah korban bertepatan dengan prinsip maqasid syariah iaitu pemeliharaan nyawa.

Downloads

Published

2021-09-30