IMPLEMENTASI KEPIMPINAN TRANSFORMASI DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH DI DAERAH SANDAKAN: SATU TINJAUAN

Authors

  • Muhammad Safuan Yusoff
  • Romzi Ationg
  • Saifulazry Mokhtar
  • Irma Wani Othman
  • Mohd Azri Ibrahim
  • Mohd Sohaimi Esa
  • Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah

Abstract

Kepimpinan transformasi merupakan salah satu bentuk kepimpinan yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja termasuklah pentadbir sekolah. Pentadbir perlu bijak dalam menentukan bentuk dan gaya kepimpinan yang digunakan dalam organisasinya kerana kepimpinan merupakan kayu ukur kepada kejayaan sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk melihat implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan dalam menentukan hala tuju sekolah selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang responden yang terdiri daripada pentadbir sekolah di daerah Sandakan. Sampel kajian dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik menerusi google form. Hasil kajian mendapati tahap implementasi kepemimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan adalah tinggi iaitu memperolehi nilai purata 4.16. Pentadbir sekolah di daerah Sandakan menerapkan elemen implementasi kepimpinan transformasi dalam pentadbiran organisasi di sekolah dan ia dapat diterima baik oleh warga sekolah. Kajian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pentadbir sekolah khususnya dalam memacu sekolah selaras dan sejajar dengan pendidikan di era globalisasi ini.

Downloads

Published

2021-06-30