MEMIMPIN MINAT PENYERTAAN GENERASI MUDA DALAM MEMPERLUAS PELUANG PEKERJAAN: SELEKSI ISU-ISU SEKTOR INDUSTRI PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Authors

  • Mohd Kamal Mohd Shah
  • Irma Wani Othman
  • Muhammad Safuan Yusoff
  • Romzi Ationg
  • Anna Lynn Abu Bakar
  • Mohd Sohaimi Esa
  • Dr. Abang Mohd Razif Abang Muis

Abstract

Memimpin minat penyertaan generasi muda dalam industri pembinaan sebagai alternatif kerjaya profesional menjadi suatu keperluan kritikal negara apabila berhadapan dengan kekurangan penyertaan tenaga kerja tempatan. Persepsi berkenaan dikaitkan dengan sikap graduan melabelkan pekerjaan dalam industri pembinaan sebagai 3D 'Dirty, Difficult and Dangerous' (kotor, sukar dan bahaya). Artikel ini mengentengahkan seleksi isu-isu kontemporari bagi meminimal margin pandangan skeptikal generasi muda berhubung industri pembinaan lantas menjadikannya sebagai prospek kerjaya yang berwibawa, mencabar, menarik dan selamat untuk diceburi. Antara penelitian relevan dibincangkan merangkumi (i) Peluang penyertaan kerjaya generasi muda dalam sektor pembinaan & infrakstrukur, (ii) Signifikasi pembangunan infrastruktur terhadap perancangan ekonomi luar bandar, (iii) Pembangunan infrastruktur pembinaan dalam perhubungan pengangkutan, (iv) Pelan perancangan pembangunan infrastruktur sektor pendidikan, (v) Strategi pembangunan infrastruktur sektor pelancongan, (vi) Integrasi teknologi dan telekomunikasi dalam pembangunan infrastruktur dan (vii) Impak Covid-19 ke atas sektor pembinaan di Malaysia. Hala tuju perbincangan bukan sahaja memfokalkan kepentingan pembangunan insfrastruktur meningkatkan status sosial dan ekonomi persekitaran dan masyarakat, malahan menjana literasi dalam memimpin peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan bagi mengurangkan risiko graduan menganggur era pasca pandemik.

Downloads

Published

2021-06-30