ELEMEN SEPUNYA KEPEMIMPINAN DAN KEPENGIKUTAN DALAM PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

Authors

  • Saifulazry Mokhtar
  • Romzi Ationg
  • Mohd Kamal Mohd Shah
  • Abang Mohd. Razif Abang Muis
  • Mohd Sohaimi Esa
  • Mohd Azri Ibrahim
  • Irma Wani Othman

Abstract

Artikel ini bertujuan mengenal pasti elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan dalam pembangunan insan berteraskan Islam. Secara lebih khusus, bahagian pertama akan membincangkan mengenai pembinaan elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan secara umum dan bahagian kedua, pengenalpastian aspek penting dalam pembangunan insan berteraskan Islam. Artikel ini akhirnya menganalisis elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan berdasarkan aspek tasawur, prinsip dan matlamat pembangunan insan berteraskan Islam. Hasil penganalisisan itu, kajian ini merumuskan tasawur, prinsip dan matlamat kepemimpinan dan kepengikutan dalam pembangunan insan berteraskan Islam. Artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif iaitu dengan menggunakan data yang diperoleh melalui sumber sekunder dalam bentuk buku, jurnal, laporan, dan bahan-bahan bercetak yang lain. Artikel ini telah berjaya meneliti dan menemui elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan dalam pembangunan insan berteraskan Islam yang memfokuskan kepada pembangunan potensi individu Muslim dalam segenap aspek. Selain itu juga, artikel ini juga berjaya meneliti aspek-aspek pembangunan insan yang berteraskan daripada ajaran Islam. Dapatan ini membuktikan bahawa sifat-sifat kepemimpinan dan kepengikutan sememangnya bahagian yang sangat signifikan dan penting dalam konteks pembangunan insan yang berteraskan Islam dalam melahirkan individu Muslim yang mampu menjadi pemimpin dan pengikut yang cemerlang dan seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani semata-mata bahkan juga aspek-aspek yang lebih penting iaitu aspek rohani, emosi, mental dan intelektual.

Downloads

Published

2021-06-30