MEMAHAMI SEJARAH KEPIMPINAN POLITIK DI MATUNGGONG SEBAGAI ASAS PENTING MEMBANGUNKAN KOMUNITI RUNGUS
Abstract
Sejarah merupakan aspek penting yang perlu dijadikan landasan bagi membangunkan komuniti sesuatu kawasan. Ini termasuklah sejarah politik yang melibatkan komuniti Rungus di Matunggong, Kudat, Sabah. Namun demikian, tidak semua pihak menyedari perkara ini. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui aplikasi teknik pengumpulan maklumat sekuder atau tinjauan literatur serta temu bual dengan sumber primer maka kertas kerja ini membincangkan tentang kepentingan sejarah politik dalam pembangunan komuniti masyarakat Rungus di Matunggong, Kudat, Sabah. Diharapkan kertas kerja ini dapat memberi peluang kepada para pengkaji mahupun pelajar untuk memahami sejarah politik di Matunggung sebagai asas pembangunan komuniti Rungus serta menjadi bahan rujukan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.