ELEMEN KEPIMPINAN DALAM KURSUS TERAS UNIVERSITI: KAJIAN KES DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Irma Wani Othman
  • Abang Mohd. Razif Abang Muis
  • Nurul Ain Zulhaimi
  • Nurulasyikin Muda
  • Mohd. Sohaimi Esa
  • Romzi Ationg2
  • Mohd Azri Ibrahim

Abstract

Kepimpinan adalah suatu topik yang menarik untuk diperkatakan apabila dikaitkan dengan kursus teras universiti. Kursus teras universiti adalah kursus asas yang ditetapkan oleh universiti. Sementara elemen kepimpinan pula antara yang diberikan perhatian dalam kursus teras universiti. Elemen kepimpinan juga begitu penting kepada para pelajar agar menjadi pemimpin pelapis dalam pelbagai sektor kerjaya apabila setelah tamat pengajian. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kursus teras universiti terbahagi kepada tiga iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban (PEdP), Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dan Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK). Ketiga-tiga kursus ini juga turut ditawarkan di InstitusiPengajian Tinggi (IPT) lain di Malaysia. Menyedari hakikat bahawa semua pelajar IPT wajib mengambilnya maka elemen kepimpinan turut diterapkan dalam ketiga-tiga kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sehubungan itu, penilaian terhadap kesedaran pelajar tentang elemen kepimpinan dibuat bagi salah satu kursus tersebut iaitu kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEdP). Objektif kajian adalah bertujuan untuk menilai sejauhmanakah elemen kepimpinan dapat dilihat dalam kandungan kursus PEdP serta mengetahui elemen kepimpinan yang menjadi keutamaan bagi kursus ini. Bagi tujuan tersebut, metodologi kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berdasrkan kajian, didapati bahawa elemen kepimpinan dalam kurikulum PEdP masih lagi longgar dan kurang diberikan perhatian. Maka dicadangkan supaya tindakan sewajarnya dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan elemen kepimpinan diberikan perhatian dalam kursus PEdP.

Downloads

Published

2021-06-30