MEMAHAMI KEPEMIMPINAN SEBAGAI ELEMEN PENTING DALAM SEKTOR PENDIDIKAN BERASASKAN TINJAUAN LITERATUR

Authors

  • Romzi Ationg
  • Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah
  • Anna Lynn Abu Bakar
  • Nurul Ain Zulhaimi
  • Nurulasyikin Muda
  • Irma Wani Othman
  • Abang Mohd Razif Abang Muis

Abstract

Kepemimpinan merupakan aspek penting yang amat diperlukan bagi memastikan kejayaan suatu organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini termasuklah sektor pendidikan iaitu salah satu sektor yang dianggap oleh pelbagai pihak sebagai sektor penting dalam arus pembangunan negara-negara moden. Namun demikian, adalah diragui bahawa tidak semua memahami tentang hakikat ini. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan membincangkan tentang kepentingan kepemimpinan dalam sektor pendidikan berasakan tinjauan literatur. Pendekatan metodologi yang digunapakai bagi kertas kerja ini ialah pendekatan kualitatif yang memberi tumpuan kepada data sekunder. Sehubungan itu, adalah didapati bahawa sememangnya kepimpinan merupakan elemen penting dalam sector Pendidikan. Berdasarkan perbincangan tersebut maka adalah diharapkan supaya kertas kerja ini dapat menyumbang kepada peningkatan kefahaman umum tentang hal tersebut.

Downloads

Published

2021-06-30