PERBAHASAN MENGENAI SIFAT-SIFAT ALLAH MENURUT PERSPEKTIF ULAMA MELAYU: ANALISIS PEMIKIRAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI DALAM KITAB PERISAI BAGI SEKALIAN MUKALLAF ATAU SIMPULAN IMAN ATAS MAZHAB SALAF

Authors

  • Muhammad Ihsan bin Idris
  • Hazman bin Hassan

Abstract

Syeikh Abdul Qadir al-Mandili merupakan seorang tokoh ulama prolifik Melayu yang telah banyak menyumbang karya dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ketokohan dan keilmuan beliau adalah sebaris dengan tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-19. Dilahirkan pada tahun 1910, ulama pondok berdarah Mandailing ini mendapat pendidikan awal pengajian agama di pondok-pondok sekitar negeri Kedah sebelum melanjutkan pengajiannya di Mekah. Seterusnya, beliau telah diberi kepercayaan menjadi guru di Masjidil Haram sehingga akhir hayatnya pada tahun 1965. Sepanjang usia beliau, al-Mandili telah menghasilkan sejumlah 24 karya dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti akidah, fiqh, hadis, politik, perundangan dan akhlak. Menerusi karyanya berjudul Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf, makalah ini bertujuan menganalisis pemikiran Syeikh Abdul Qadir al-Mandili berhubung sifat-sifat Allah. Dapatan kajian menunjukkan ulama tradisional ini tidak menggunakan pendekatan manhaj Asyairah sebagaimana kebanyakan ulama Melayu lainnya, sebaliknya mengaplikasikan pendekatan Salaf dalam menghuraikan sifat-sifat Allah tanpa takwil.

Downloads

Published

2021-06-30