PENGAJIAN TAUHID TIGA MENURUT SYEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI: KAJIAN KITAB PERISAI BAGI SEKALIAN MUKALLAF ATAU SIMPULAN IMAN ATAS MAZHAB SALAF

Authors

  • Muhammad Ihsan bin Idris
  • Hazman bin Hassan

Abstract

Pengajian Tauhid Tiga telah menjadi teras dalam pengajian usuluddin bagi mereka yang mempelajari Akidah Salaf. Pendekatan tauhid yang bersifat mudah dan jelas ini telah memberi satu sumbangan besar kepada umat Islam dalam menghayati tauhid di atas jalan al- Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, terdapat dakwaan pengajian Tauhid Tiga mengajak kepada sikap ekstrem dan radikal dengan menghukum orang Islam lain yang tidak sealiran sebagai sesat, kafir dan bidaah, bahkan sampai ke tahap menghalalkan darah sesama muslim. Justeru, penulisan makalah ini bertujuan mengkaji sejauh mana kesahihan dakwaan yang dilontarkan. Kajian bersifat kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan mengkaji kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, seorang ulama prolifik Melayu yang menjadi guru di Masjidil Haram. Latar belakang pendidikan agama beliau yang berpeluang mempelajari akidah aliran Salaf dan Khalaf menjadikan beliau sebagai contoh terbaik kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud sebarang unsur ekstrem dan melampau dalam pengajian Tauhid Tiga, malah tidak wujud ideologi menghalalkan darah sesama muslim hanya kerana perbezaan pandangan. Pengajian Tauhid Tiga semata-mata bertumpu kepada tuntutan mengesakan Allah sebagaimana diperintahkan dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Downloads

Published

2021-06-30