TINJAUAN LITERATUR TERHADAP PERSEMBAHAN TARIAN DI MASA PANDEMIK COVID-19 SECARA DIGITAL (ONLINE) DENGAN MENGEKALKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD

Authors

  • Jabil Mapjabil
  • Maryama Ag. Daud
  • Rosli Sareya
  • Soffriezan Yahya
  • Patricia Jipoh
  • Sri Ningsih Sukirman

Abstract

Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang mula dikesan pada akhir bulan Januari 2020 lalu telah memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seterusnya dilanjutkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 18 Mac 2020. Memandangkan pengalaman PKP ini adalah pertama kali bagi kebanyakan penduduk dan tempohnya yang panjang sehingga ia didapati memberikan impak terhadap pelbagai sektor ekonomi negara. Salah satu sektor berkenaan adalah industri media, seni dan hiburan. Penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP didapati memberikan kesan yang mendalam terutamanya terhadap penggiat seni di negeri Sabah. Asas permasalahan kajian ini didasarkan pada bagaimanakah mereka mempersembahkan tarian secara digital (online) dengan mengekalkan prosedur operasi standard selain menggunakan pelitup muka kerana persembahan tarian perlu menonjolkan reaksi penari bagi menyampaikan mesej persembahan dan apakah cabaran yang akan dihadapi sepanjang tempoh pandemik C0VID-19 ? Kajian ini menggunakan sorotan literatur yang berkaitan dengan isu pandemik COVID-19 dan industri media, seni dan hiburan.

Downloads

Published

2021-06-30