ANALISA TERHADAP PENTADBIRAN HARTA BONA VACANTIA DI MALAYSIA: MERUJUK KEPADA NEGERI JOHOR

Authors

  • Rahmawati Mohd Yusoff
  • Akmal Hidayah Halim
  • Alizah Ali
  • Noraini Ismail
  • Ahmad Faiz Ghazali
  • Zuramaznum Sainan
  • Zulhazmi Yusof

Abstract

Undang-undang di Malaysia menetapkan sekiranya seseorang itu meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat dan tidak mempunyai kaum kerabat yang layak menjadi pewaris, harta pusaka si mati tersebut akan dianggap sebagai harta tanpa pemilik (bona vacantia). Walau bagaimanapun, kajian mendapati masih belum ada kajian terperinci yang menjelaskan mengenai jenis-jenis harta bona vacantia terutamanya daripada sudut undang-undang yang terpakai ke atas orang Islam dan bukan beragama Islam di Malaysia, serta di negeri Johor. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembahagian harta yang diklasifikasikan sebagai harta bona vacantia, kedudukannya menurut perundangan Islam dan undang-undang yang terpakai di Malaysia, serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Melalui kajian ini, analisis doktrin diadaptasi melalui kaedah menganalisis bahan primer dan sekunder yang terkini yangmerangkumi kes-kes berkaitan, sumber peruntukan undang-undang, dan literatur samada daripada sudut undang-undang ataupun tidak. Kajian ini mendapati, pentadbiran harta bona vacantia ditadbir oleh prosedur dan undang-undang yang berbeza mengikut agama yang dianuti oleh si mati. Sekiranya si mati itu beragama Islam, harta pusakanya akan diserahkan kepada Baitulmal. Manakala sekiranya si mati bukan beragama Islam, hartanya akan diserahkan samada kepada pihak Kerajaan ataupun pihak Berkuasa Negeri bergantung kepada jenis harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tersebut

Downloads

Published

2021-06-30