PANDANUS AMARYLLFOLIOUS SEBAGAI BAHAN MEDIUM ALTERNATIF KERTAS DALAM PENGHASILAN KARYA SENI LUKISAN

Authors

  • Nur Fatiyah Binti Roslan
  • Nani Hartina Binti Ahmad
  • Junaidi Bin Awang
  • Mohd Saipuddin Bin Mohd Hasbullah
  • Nurin Elani Binti Makrai

Abstract

Karya seni lukis akan menjadi lebih menarik dengan olahan idea dan medium yang digunakan bagi menampakkan kreativiti hasil karyanya. Dalam kajian ini, penggunaan ‘pandanus amaryllfolious’ sebagai satu bahantara medium alternatif untuk menghasilkan kertas yang digunakan dalam penghasilan karya seni lukis terutamanya yang melibatkan penggunaan bahan cat air. Penggunaan bahan semulajadi sebagai bahantara adalah merupakan satu nilai tambah yang bersifat estetik kepada hasil kertas yang dihasilkan malah turut akan memberi kesan kelainan pada karya lukisan kelak. Aroma yang tersendiri hasil dari tindak balas semulajadi serta sifat daun pandan yang anti serangga perosak seperti lipas memberi kesan positif kepada hasil kertas kerana ia akan terselamat dari digigit serangga dan dapat bertahan lama serta bersifat awet. Seni seringkali dikaitkan dengan keindahan dan kecantikan dan ia boleh menimbulkan pelbagai rasa, taksiran, fikiran dan persoalan. Dengan terhasilnya kajian penggunaan kertas dari ‘pandanus amaryllfolious’ ini akan memberi satu daya penarik untuk penghasilan karya seni di masa hadapan. Tujuan utama penghasilan karya seni melalui penggunaan bahan semulajadi ini dapat memberi manfaat untuk orang ramai agar berifikiran lebih krearif dan kritis dalam pencarian bahan alternatif. Kajian ini dilakukan melalui beberapa eksperimentasi campuran untuk menghasilkan kertas yang sesuai untuk dijadikan bahantara dalam penghasilan karya seni. Setiap aktiviti eksperimentasi ini direkod dan dianalisis untuk melihat kebolehannya dijadikan sebagai kertas. Kajian ini dapat memberi satu keunikan dari sudut estetik penghasilan karya seni dalam dimensi baharu.

Downloads

Published

2021-06-30