KESAN PANDEMIK CORONAVIRUS DISEASE (COVID-19) TERHADAP ARKIB AWAM DI MALAYSIA: SUATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli
  • Noor Faraliza Binti Samsudin
  • Kasmarini Binti Baharuddin
  • Norhidayu Binti Md Yatim
  • Nor Zaina Zaharah Binti Mohd Ariff
  • Mohd Naim Bin Mohd Nasfi

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberikan kesan kepada pelbagai aspek kehidupan manusia. Malaysia juga tidak terkecuali dengan fenomena ini. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini dijalankan ialah untuk membuat tinjauan awal bagi mengetahui apakah kesan pandemik tersebut kepada arkib awam di Malaysia. Diharap dengan mengetahui kesan tersebut, ia akan menjadikan masyarakat Malaysia amnya dan petugas-petugas yang dipertanggungjawap mengurus arkib awam khususnya lebih bersedia menghadapi sebarang ancaman pandemik penyakit yang boleh menganggu kelancaran usaha mengurus khazanah negara yang tidak ternilai ini. Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik menggunakan pendekatan ulasan karya (literature review) untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik kajian. Media rujukan seperti suratkhabar, buku, media sosial seperti facebook, laman sesawang dan sebagainya digunakan. Hasil kajian mendapati sememangnya terdapat kesankesan tertentu terhadap arkib awam di Malaysia akibat daripada berlakunya penularan pandemik ini di Malaysia. Kesan-kesan tersebut dibincangkan satu persatu dalam artikel ini.Diharap juga kajian ini akan menjadi pemangkin untuk para penyelidik menjalankan kajian tentang topik ini dengan lebih terperinci atau mendalam lagi pada masa hadapan demi untuk membantu memastikan arkib awam dapat terus dipelihara dan digunakan untuk tatapan generasi kini dan akan datang.

Downloads

Published

2021-06-30