INDIKATOR KESEJAHTERAAN BANDAR: PERBANDINGAN DI ANTARA BANDAR MUAR DAN BATU PAHAT

Authors

  • Siti Norashikin Bashirun
  • Afrah Hayati Abdul Rahman
  • Masliza Mohd Razali
  • Norizam Lagiman

Abstract

Perancangan bandar dilihat sebagai salah satu usaha untuk menghasilkan persekitaran fizikal yang baik serta mempromosikan kehidupan yang sihat dan bertamadun melalui penyediaan asas bagi kehidupan komuniti sebagai sebuah bandar yang baik. Konsep perancangan bandar adalah berbeza mengikut konteks, pengalaman dan amalan perancangan dalam suatu masa dan tempat. Justeru itu, kajian ini adalah berdasarkan kepada indikator kesejahteraan bandar yang terdiri daripada enam (6) faktor iaitu fizikal, ekonomi, sosial (perspektif barat) dengan penambahan pada dimensi akidah, akhlak, dan institusi (perspektif Islam). Indikator ini diuji di dua buah daerah Muar dan Batu Pahat. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor akidah dan institusi adalah faktor yang dominan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa bandar Muar adalah lebih sejahtera berbanding bandar Batu Pahat. Kesimpulannya, penyelidik mencadangkan bahawa bagi mempertingkatkan kesejahteraan bandar berasaskan pencapaian indikator, maka peranan institusi agama Islam diperlukan bagi implementasi indikator dari perspektif Islam.

Downloads

Published

2021-06-30