KAJIAN LITERATUR SISTEMATIK PEMBANGUNAN SKALA BERORIENTASI ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Daud Mohamed Salleh
  • Azlisham Abdul Aziz
  • Mohd Nor Mamat

Abstract

Kajian ini adalah satu pendekatan analisis tinjauan kajian literatur sistematik mengenai skala berorientasikan agama Islam yang dibangunkan di Malaysia. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik, didapati terdapat pelbagai 15 skala telah dibangunkan yang bermula pada tahun 2006. Skala yang telah dibangunkan adalah berasaskan kepada sumber epistemologi, teori dan model Islam melalui kajian peringkat pascasiswazah, projek geran penyelidikan dan penerbitan kertas kerja penyelidikan. Analisis skala yang dirumuskan dalam kajian ini mampu dijadikan rujukan bagi para penyelidik muslim yang menjalankan penyelidikan kuantitatif dari aspek memilih skala yang diperakui sah, kebolehpercayaan dan memenuhi keperluan dalam konteks penyelidikan dengan bersumberkan rujukan Islam seterusnya memberikan alternatif yang persis kepada penyelidik muslim agar tidak terus bergantung pada skala dari sisi pandang barat.

Downloads

Published

2021-06-30