WANITA DWI-PERANAN DI SELANGOR: KONFLIK PERANAN DAN KESAN KE ATAS KESEJAHTERAAN EMOSI

Authors

  • Muhammad Izzat Ebrahim
  • Siti Marziah Zakaria
  • Hawa Rahmat

Abstract

Dalam era urbanisasi ini, wanita perlu menjalankan peranan seiring dengan lelaki iaitu mencari nafkah untuk menyara keluarga dan dalam masa yang sama sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan isteri kepada suami. Peranan wanita kini yang semakin bertambah memberi kesan kepada kefungsian keluarga pada masa kini. Sebagai kesannya, mereka tidak dapat meluangkan masa secukupnya dengan keluarga akibat kerja lebih masa atau bebanan kerja yang terpaksa di bawa balik ke rumah. Artikel ini meneroka konflik peranan yang dialami oleh wanita dwi-peranan di Selangor serta menilai kesannya ke atas kesejahteraan emosi mereka. Sebelas (11) informan di sekitar Selangor telah ditemu bual secara mendalam melalui soalan temu bual separa berstuktur. Informan kajian telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Seterusnya, data telah dianalisis melalui prosedur Intepretative Phenomenological Analysis. Hasil analisis mendapati bahawa konflik peranan dalam kalangan wanita bekerjaya tercetus kerana cabaran kerjaya, krisis masa, dan bebanan kerja rumah. Dapatan kajian ini boleh dijadikan garis panduan dan rujukan untuk memantapkan lagi Dasar Wanita Negara. Hasil kajian juga perlu diberi perhatian oleh Jabatan Tenaga Kerja, Bahagian Sumber Manusia, Unit Latihan dan sebagainya dalam merangka program serta menggubal polisi untuk pekerja wanita yang telah berkahwin.

Downloads

Published

2021-05-31