KEPERLUAN MOTIVASI DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU MUSLIM

Authors

  • Aza Shahnaz Azman
  • Fadilah Mat Nor

Abstract

Teori motivasi mempunyai pengaruh yang luas sejak dari awal kemunculannya. Ditunjangi oleh teori humanistic yang melihat aspek pembangunan diri dan juga potensii yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Teori motivasi ini memperlihatkan keunikan diri dan kepentingan manusia lain terhadap individu tersebut dan ia berpaksikan kepada tindakan serta pembuatan keputusan. Namun begitu, kritikan keatas teori Barat ini, memperlihatkan kepincangan masyarakat kerana menyisihkan elemen spiritual dalam kehidupan mereka. Peradaban yang semakin lama-semakin kurang nilai jati diri telah menjejaskan ketamaduanan manusia. Penulisan ini bertujuan untuk memberi penekanan tentang kepentingan motivasi dalam kehidupan individu Muslim. Hirarki keperluan dan kepuasan diri adalah disandarkan kepada Al Quran dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam dan kaitannya dalam kehidupan manusia. Penulisan ini tidak melibatkan sebarang analisis data atau sampel kajian dan ia bersifat konseptual. Diharap dengan penulisan ini, elemen spiritual yang bersifiat keagamaan akan menjadi satu pemangkin kepada tindakan dan pembuatan keputusan manusia.

Downloads

Published

2021-05-31