ISU TANAH WAKAF TERBIAR DAN PERANAN NAZIR MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANGUNDANG WAKAF DI MALAYSIA

Authors

  • Mohammad Hidir Baharudin
  • Norintan Wahab
  • Rosnani Mohd Salleh
  • Siti Mariam Atan
  • Rahmawati Mohd Yusoff

Abstract

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak tanah wakaf. Umum mengetahui nazir bagi tanah wakaf adalah Majlis Agama Negeri, namun persoalan timbul mengapa isu tanah wakaf terbiar amat banyak pada masa ini. Ini adalah kerana pembangunan tanah wakaf terletak di bawah tanggungjawab Majlis Agama Negeri. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan mengenai isu tanah wakaf terbiar serta peranan nazir dalam membangunkan tanah wakaf mengikut perundangan Islam dan perundangan di Malaysia. Perbincangan dalam artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif di mana isu masalah ini akan diteliti menurut perspektif al-Quran dan Sunnah. Selain daripada itu, rujukan juga akan dibuat melalui undang-undang di Malaysia melalui akta dan enakmen-enakmen yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan nazir telah dijelaskan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri. Malahan pembangunan tanah wakaf juga ada disebut di dalam Enakmen Wakaf bagi negeri yang berkaitan. Justeru itu, para nazir hendaklah lebih progresif dalam membangunkan tanah wakaf kerana isu tanah wakaf terbiar menyalahi prinsip agama Islam

Downloads

Published

2021-03-31