KETAHANAN KOMUNITI MENGURUSKAN SUMBER PERTANIAN DALAM MENGHADAPI BENCANA SOSIAL SEMASA TEMPOH PENDEMIK COVID-19

Authors

  • Colonius Atang
  • Jalihah Md. Shah
  • Kee Sabariah Kee Yusof
  • Harifah Mohd Noor
  • Intan Soliha Ibrahim
  • Marja Azlima Omar
  • Pauline Yong
  • Jurry Foo

Abstract

Pengurusan sumber pertanian merupakan antara isu utama yang dihadapi di Malaysia dalam tempoh pendemik COVID-19 yang mula berlaku pada awal tahun 2020. Kajian awal dijalankan untuk mengkaji tingkahlaku ketahanan komuniti (community resilience) di kawasan pasca bencana alam menguruskan sumber pertanian dalam menghadapi bencana sosial akibat COVID-19. Kajian dilakukan di Kundasang kerana persoalan besar yang ingin dilihat dalam kajian ini ialah adakah komuniti di kawasan bencana alam mempelajari daripada pengalaman mereka menghadapi bencana alam dalam menangani ancaman bencana sosial. Ketahanan komuniti akan dikaji berdasar konsep ketahanan bencana (disaster resilience) kerana COVID-19 adalah bencana biologikal yang mengancam manusia melalui penularan wabak penyakit. Perbincangan dalam artikel ini akan menumpukan kepada penilaian awal terhadap keupayaan komuniti dalam memehuni empat kriteria ketahanan bencana, iaitu merangkumi sasaran konteks, gangguan, kapasiti untuk bertindak balas dan reaksi. Bagi mendapatkan maklumat awal untuk kajian eksploratori ini, kerja mengutip data dilakukan melalui pemerhatian di lapangan, temubual dengan beberapa pengusaha pertanian yang terlibat secara aktif menguruskan hasil pertanian semasa tempoh pandemic COVID-19 dan melalui sorotan kandungan maklumat dalam talian. Maklumat yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan gambaran awal tindak balas komuniti menghadapi bencana sosial. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti pengusaha pertanian di Kundasang mempunyai tahap ketahanan yang positif kerana dapat beradaptasi dengan bencana sosial berdasarkan kepada sasaran konteks, gangguan, kapasiti untuk bertindak balas dan reaksi.

Downloads

Published

2021-03-31