PENGARUH TAUBAT DALAM PENGGUGURAN HUKUMAN HUDUD: SATU ANALISIS

Authors

  • Ahmad Mujahideen Haji Yusoff
  • Hamidi Abdul Ghani
  • Noraini Mohd Noor

Abstract

Setiap insan tidak terkecuali daripada terjerumus ke lembah dosa. Islam telah mensyariatkan taubat bagi penyucian dosa. Selain taubat, Islam juga mensyariatkan hukuman bagi penyucian dosa antaranya hukuman hudud. Namun, hubungan taubat dengan hukuman hudud ini mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Oleh itu, artikel ini membincangkan konsep taubat dan hukuman hudud serta menganalisis pengaruh taubat dalam pengguguran hukuman hudud. Artikel ini berbentuk kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisisan data yang melibatkan kaedah kepustakaan dari bahanbahan bercetak dengan menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Hasil dapatan kajian ini menjelaskan bahawa taubat ialah permohonan ampun dan penyesalan di atas dosa yang telah dilakukan secara ikhlas kerana Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulanginya serta meminta halal terhadap hak manusia dengan mengembalikannya kembali. Hukuman hudud pula ialah hukuman seksa dunia yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan hadis Nabi SAW bagi kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam kategorinya. Selain itu, terdapat empat peringkat taubat berkaitan dengan hukuman hudud iaitu taubat setelah berfikir untuk melakukan jenayah tetapi jenayah belum dilakukan; taubat setelah melakukan jenayah dan sebelum sampai ke pengetahuan pihak berkuasa; taubat selepas sampai ke pengetahuan pihak berkuasa dan sebelum pesalah dihukum; dan taubat selepas pesalah dihukum

Downloads

Published

2021-03-31