KONSEP IDEOLOGI MODEN DAN SEJARAHNYA: SATU PENGENALAN

Authors

  • Ahmad Mujahideen Haji Yusoff
  • Muhammad Nasron Yaacob
  • Noraini Mohd Noor

Abstract

Ideologi merupakan fahaman atau pegangan yang tercetus daripada pemikiran dan pengetahuan masyarakat. Ideologi moden mula berkembang dengan pesat semasa zaman Renaissance. Sejak itu, umat Islam mula berdepan dengan ancaman ideologi moden dalam menggugat keyakinan terhadap Islam. Namun kemunculan ideologi moden ini masih kurang diketahui khususnya oleh umat Islam sendiri. Oleh itu, artikel ini membincangkan konsep ideologi moden dan sejarahnya yang merupakan suatu keperluan untuk diketahui pada masa kini. Artikel ini berbentuk kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisisan data yang melibatkan kaedah kepustakaan dari bahan-bahan bercetak dengan menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Artikel ini mendapati bahawa ideologi moden merupakan fahaman ciptaan Barat yang boleh membawa satu ancaman besar terhadap kepercayaan umat Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Barat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui tiga peringkat iaitu peringkat kelahiran, peringkat kematangan dan peringkat penjarahan. Justeru, umat Islam seharusnya menyedari hakikat ini agar dapat mengelakkan diri dari terpedaya dengan ideologi moden yang telah diperkenalkan oleh Barat agar kepercayaan umat Islam terus terpelihara

Downloads

Published

2021-03-31