METODOLOGI DATO’ NIK JAAFAR BIN NIK ISMAIL DALAM PENGAJARAN TARANNUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Authors

  • Mohamad Alwi bin Ab Rahman
  • Mohd Sholeh bin Sheh Yusuff
  • Ali Omar Salem Balagem
  • Sumaiyah binti Ramli

Abstract

Kajian ini menfokuskan kepada seorang tokoh tarannum al-Quran yang masyhur di Malaysia iaitu Dato’ Nik Jaafar bin Nik Ismail berkaitan metodologi pengajaran tarannum al- Quran. Objektif utama kajian adalah untuk menjelaskan secara ilmiah berkenaan tarannum al-Quran dan metodologi pengajaran tarannum al-Quran oleh tokoh ini, mendedahkan latar belakang tokoh, mengkaji metodologi di dalam pengajaran tarannum al-Quran dan menganalisis metodologi pengajaran tarannum al-Quran yang diamalkan oleh tokoh ini. Bentuk kajian yang dilakukan ialah melalui kepustakaan dan lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa metodologi pengajaran tarannum al-Quran oleh tokoh ini boleh disimpulkan kepada menfokuskan bahagian teori. Namun realitinya tokoh ini mempunyai teknik tersendiri dengan memasukkan metodologi pengajaran yang digabungkan dengan teori dan peraktikal dalam sesi pengajiannya. Kajian ini merumuskan bahawa metodologi Dato’ Nik Jaafar bin Nik Ismail memberi kesan kepada para pelajar untuk mengorak langkah menjadi qari yang terhebat di masa hadapan dengan menitik berat irama tarannum dengan pemahaman ayat-ayat al-Quran. Kesimpulannya, Metodologi pengajaran oleh tokoh ini telah melahirkan para qari dan qariah yang menguasai dengan baik dalam bidang tarannum al- Quran. Hal ini dapat dilihat pencapaian anak didiknya dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan al-Quran sama ada di Malaysia dan di luar Malaysia hingga mengharumkan nama Negara Malaysia di persada Antarabangsa.

Downloads

Published

2020-12-31