PERSEPSI PEMIMPIN TEMPATAN DAN KOMUNITI KAWASAN PESISIR DI WILAYAH ISKANDAR MALAYSIA TERHADAP PROGRAM EKOPELANCONGAN KAWAN ISKANDAR MALAYSIA

Authors

  • Mohd Zulhafiz Said
  • Ibrahim Komoo
  • Edy Tonnizam Mohamad

Abstract

Kajian ini melihat persepsi yang diutarakan daripada pemimpin tempatan seperti ketua kampung, pengerusi koperasi Kawan Iskandar Malaysia, komuniti di kalangan penduduk kampung dan ahli koperasi Kawan Iskandar Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menjalankan temubual kepada 16 orang responden. Kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Melayu, Ulu Pulai, Permas Besar dan Kongkong Laut. Dapatan kajian menunjukkan program Kawan Iskandar Malaysia merupakan sebuah program yang mampu memberikan perubahan kepada komuniti kawasan pesisir untuk terlibat dalam industri ekopelancongan dan mampu menjana pendapatan tambahan kepada pesertanya. Proses pemerkasaan juga dilakukan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar kepada peserta program ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga permasalahan yang timbul terutamanya tentang pengurusan dan pentadbiran koperasi yang seakan berat sebelah.

Downloads

Published

2020-12-31