KEPERLUAN INSTRUMEN STRATEGI MENGHAFAZ ALQURAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

Authors

  • Noor Fadilah Binti Ambo
  • Siti Eshah Mokhsein

Abstract

Kajian tinjauan literatur ini adalah bertujuan untuk meninjau keperluan instrumen strategi menghafaz al-Quran pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) agar dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi dalam pencapaian hafazan. Kajian mendapati terdapat tiga keperluan instrumen strategi menghafaz al-Quran iaitu untuk memenuhi keperluan matlamat program, meningkatkan pencapaian hafazan dan ketiadaan instrumen khusus untuk menilai dan mengukur strategi menghafaz al-Quran. Oleh yang demikian, Instrumen Strategi Menghafaz Quran (ISMEQ) yang mantap, terkini, mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan tinggi perlu dibangunkan bagi mengukur strategi menghafaz dengan menggunakan model pengukuran Rasch.

Downloads

Published

2020-12-31