ELEMEN YANG PERLU WUJUD DALAM REKA BENTUK MESEJ TEKS APLIKASI WHATSAPP DARIPADA PEJABAT AWAM MALAYSIA

Authors

  • Noor Faraliza Binti Samsudin
  • Zaina Zaharah Binti Mohd Ariff
  • Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli
  • Mohd Naim Bin Mohd Nasfi
  • Sufy Rabea Adawiya Binti Idris
  • Mohd Faizal Bin Mohd Ramsi
  • Kasmarini Binti Baharuddin
  • Intan Nurbaizura Binti Zainuddin
  • Norhidayu Binti Md Yatim

Abstract

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi media sosial yang sedang meluas digunakan dan rakyat Malaysia merupakan pengguna yang tertinggi bilangannya di dunia. Pegawai awam yang bertugas di pejabat awam di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menggunakan aplikasi ini untuk menghantar mesej rasmi dalam bentuk teks,imej,video dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk berkomunikasi dengan pegawai awam yang lain dan orang ramai semasa melaksana tugasan rasmi. Selaras dengan situasi ini, Kerajaan Malaysia telah menyediakan beberapa peraturan tertentu bagi mengawal penggunaan media sosial di pejabat awam. Sebahagian peraturan tersebut ada menetapkan elemen-elemen yang perlu wujud dalam reka bentuk mesej teks aplikasi WhatsApp rasmi. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini dilakukan ialah untuk mengenal pasti elemen-elemen tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji telah membuat tinjauan kesusasteraan (literature review) terhadap peraturan-peraturan tersebut. Hasil daripada tinjauan, didapati pada masa kini terdapat sembilan elemen yang perlu wujud dalam setiap reka bentuk mesej teks aplikasi WhatsApp rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat awam. Diharap hasil perbincangan ini akan dapat dijadikan panduan kepada pegawai awam di Malaysia bagi menghasilkan reka bentuk mesej teks aplikasi WhatsApp rasmi yang memiliki kesemua sembilan elemen tersebut.

Downloads

Published

2020-11-30