KOMPILASI PENGGUNAAN KATA-KATA DALAM BAHASA MELAYU OLEH IBU BAPA UNTUK MENERANGKAN MASALAH KESIHATAN MATA ANAK-ANAK

Authors

  • Ai Hong Chen
  • Nurul Farhana Abu Bakar

Abstract

Sedikit perbezaan dalam penggunaan kata boleh menyebabkan masalah komunikasi di antara pesakit dan pengamal penjagaan kesihatan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penggunaan kata untuk menerangkan gejala dan tanda-tanda berkaitan masalah kesihatan penglihatan yang biasa dialami oleh kanak-kanak melalui pengamatan dan persepsi ibu bapa. Kajian kualitatif dengan pendekatan fenomenologi telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini. Seramai 51 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia dari 2 bulan hingga 12 tahun telah ditemubual. Hasil kajian dianalisis mengikut 12 kategori masalah penglihatan. Ibu bapa didapati menggunakan pelbagai kata untuk menerangkan sesuatu gejala atau tanda tertentu. Kepelbagaian kata yang digunakan menunjukkan faktor lain seperti perbezaan budaya setempat boleh mempengaruhi komunikasi walaupun di kalangan masyarakat yang menggunakan bahasa yang sama. Isu ini perlu diberi perhatian oleh pihak pemegang taruh yang terlibat dalam penjagaan kesihatan penglihatan supaya maksud yang ingin disampaikan dapat difahami serta tindakan pencegahan dan intervensi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Downloads

Published

2020-11-30