TINJAUAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANTARA PEMILIK RUMAH DAN PENYEWA DI SEMENANJUNG MALAYSIA: SATU KAJIAN SOSIO-PERUNDANGAN

Authors

  • Wong Hua Siong

Abstract

Rumah menjadi asas kedamaian, sokongan kekuatan dan psikologi kepada manusia untuk terus hidup. Sejak kebelakangan ini, harga rumah terutamanya rumah-rumah di sekitar Lembah Klang telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh pelbagai faktor. Bagi golongan yang berpendapatan rendah, seperti golongan B40, sudah pastilah mereka tidak mampu memiliki rumah yang berharga terlampau tinggi. Bagi meneruskan kehidupan, mereka terpaksa menyewa rumah daripada pemilik rumah sebagai salah satu cara lain untuk kehidupan mereka. Masalah timbul ialah hak penyewa rumah selalu ditindas oleh pemilik rumah. Oleh itu, kertas kajian ini cuba meninjau hak-hak dan tanggungjawab tuan punya rumah dan penyewa rumah dari segi sisi kajian sosio dan undang-undang. Pendekatan penyelidikan kertas kajian ini akan menjadikan penyelidikan undang-undang doktrin sematamata berdasarkan sumber utama seperti undang-undang bertulis dan undang-undang kes; dan juga merujuk kepada sumber sekunder seperti artikel jurnal dan buku teks. Pada penghujung kertas kajian ini, penulis juga akan meninjau cadangan undang-undang baru yang akan diwujudkan bagi mengatasi masalah hubungan antara pemilik rumah dan penyewa.

Downloads

Published

2020-11-30