PENERAPAN KONSEP TABAYYUN DALAM MENDEPANI GEJALA TULAR MEDIA BAHARU

Authors

  • Muhammad Hakimi Tew Abdullah
  • Mohd Kashfi Mohd Jailani
  • Sarimah Mokhtar

Abstract

Malaysia sedang memacu ke arah negara berpaksikan teknologi digital abad ke-21. Perubahan besar yang sedang berlaku dalam era pemodenan masa kini di mana maklumat boleh dicapai dengan begitu mudah dan pantas tanpa sempadan. Aplikasi seperti whatsapp, telegram, facebook, twitter, instagram dan blog dilihat berpotensi untuk memberi maklumat secara pantas dan mudah kepada pengguna media. Media baharu dilihat sebagai titik peralihan kepada kebebasan bersuara untuk menyampaikan maklumat atau pandangan tanpa tapisan. Maklumat yang disebarkan boleh merupakan maklumat yang benar dan daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, terdapat juga maklumat yang disebarkan oleh pengguna media baharu yang berunsurkan palsu telah membawa kepada perselisihan faham antara kaum dan pengguna media. Apa yang membimbangkan pada hari ini di mana ada pihak yang telah menyalahgunakan media baharu untuk kepentingan peribadi sehingga menjurus kepada tindakan untuk mengadu domba. Maka, adalah penting untuk menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai panduan dalam penyatuan ummah demi kebaikan bersama. Ibra hasil daripada peristiwa Israk dan Mikraj harus dijadikan pengajaran dan peringatan buat semua pengguna media. Kertas kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengamal media tentang pentingnya penerapan konsep tabayyun bagi proses penyebaran dan penerimaan maklumat atau berita dalam mendepani era globalisasi seiring dengan percambahan dan kecanggihan teknologi masa kini. Hasil penelitian, penyelidik ingin menyarankan agar konsep tabayyun dalam penerimaan dan penyebaran sesuatu berita wajib diterapkan demi menjamin keharmonian dan keamanan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai ras, budaya dan agama. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah, perselisihan faham sehingga boleh memecahbelahkan umat.

Downloads

Published

2020-11-30