IMPAK, CABARAN DAN INISIATIF PENGGIAT SENI PERSEMBAHAN SEPANJANG TEMPOH PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Suhaimi Magi
  • Jabil Mapjabil
  • Baharuddin Mohd Arus
  • Rosli Sareya
  • Datu Razali Datu Eranza
  • Toh Min Min

Abstract

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memaksa pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hampir 24 minggu keseluruhan PKP ini memberikan kesan yang mendalam terutamanya penggiat seni persembahan di negeri Sabah. Asas permasalahan kajian ini didasarkan pada isu utama (i) apakah impak dan cabaran yang dihadapi oleh penggiat seni di Sabah sepanjang PKP berlangsung selama hampir 6 bulan berkenaan dan (ii) apakah inisiatif yang dilakukan oleh penggiat seni untuk mengatasi masalah yang kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan. Secara lumrahnya, seni persembahan melibatkan teori dan amalan dalam seni tari, muzik, drama, teater dan filem. Seni persembahan ini merupakan sebahagian daripada industri kreatif dan budaya. Penggiat seni persembahan pula meliputi pelaku seni, penganjur, pengeluar, pendidik, usahawan, kru pengurusan dan teknikal. Kaedah kuantitatif melibatkan temu bual dengan pelbagai kategori penggiat seni persembahan menggunakan borang soal selidik. Pendekatan kualitatif pula melibatkan survei menggunakan panduan borang temu bual mendalam, temu bual kumpulan sasar (focus group) dan pemerhatian. Kajian fundamental ini dijangka dapat menyumbang dalam penyediaan pelan pengurusan risiko dan krisis penularan pandemik dalam bidang seni dan budaya secara amnya.

Downloads

Published

2020-10-31