IMPLIKASI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KESAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP KESEJAHTERAAN KOMUNITI PULAU: SUATU TINJAUAN LITERATUR

Authors

  • Mohd. Halipah Jetendra
  • Jabil Mapjabil
  • Nor-ina Kanyo
  • Rosazman Hussin
  • Badariah Ab. Rahman
  • Abentin Estim
  • Datu Razali Datu Eranza
  • Abdul Hamid Abdul Rahim

Abstract

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan penularan pandemik COVID-19 memberikan impak terhadap kesejahteraan penduduk dan ekonomi di Malaysia. Di Sabah, arahan PKP termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan sehingga 31 Disember 202 ini didapati mempengaruhi kesejahteraan penduduk termasuklah komuniti pulau dari aspek kesihatan, ekonomi dan sosial. Sehingga hari ini, kajian tentang impak penularan pandemik COVID-19 dari bidang sains sosial masih kurang dan terhad. Artikel ini adalah berdasarkan tinjauan awal dan sorotan literatur tentang impak perintah kawalan pergerakan terhadap kesejahteraan komuniti pulau. Suatu kajian sedang dijalankan yang melibatkan empat pulau iaitu Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Pulau Mantanani di Kota Belud, Pulau Sakar di Lahad Datu dan Pulau Selakan di Semporna. Justeru, diharapkan dapatan kajian itu nanti bakal menyumbang terhadap dokumentasi tentang sejauh mana pelaksanaan PKP sepanjang penularan COVID-19 mempengaruhi kesejahteraan komuniti pulau di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Downloads

Published

2020-10-31