ANALISIS AWAL TERHADAP KESAN KEPADA KEHIDUPAN BERJEMAAH UMAT ISLAM DALAM TEMPOH MEMBENDUNG VIRUS COVID-19 DI MALAYSIA

Authors

  • Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
  • Nor-Ina Kanyo
  • Suhailah Abdul Muin
  • Aisah Hossin

Abstract

Kehidupan berjemaah dianggap sebagai satu bentuk amalan spiritual bertasauf atau dikenali sebagai suhbaha dalam ilmu bertasauf. Ia menjadi salah satu amalan yang dituntut dalam ajaran agama Islam. Namun, kehadiran COVID-19 yang telah melanda senantero dunia secara tanpa sedar telah mengganggu amalan kehidupan berjemaah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Pengeluaran fatwa oleh bahagian Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri berkenaan dengan kehidupan berjemaah khususnya berkaitan dengan larangan untuk sembahyang berjemaah di masjid dan surau sejajar dengan tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada kehidupan berjemaah umat Islam. Justeru, dengan menggunapakai data-data sedia ada daripada laman sesawang seperti kenyataan media cetak dan elektronik serta media massa, analisis awal dilakukan bagi menilai kesan terhadap kehidupan berjemaah umat Islam semasa tempoh perlaksanaan PKP, PKPP dan PKPB. Dalam membendung penularan COVID-19, pengeluaran fatwa oleh bahagian Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri telah menyebabkan timbulnya keraguan autensiti fatwa yang telah dikeluarkan sehingga membuka ruang kekeliruan dalam perihal asas terhadap pengeluaran fatwa tersebut.

Downloads

Published

2020-10-31