TINJAUAN LITERATUR TERHADAP ADAPTASI PENGGIAT SENI DALAM MEMBUDAYAKAN PERSEMBAHAN SENI SECARA TALIAN (DIGITAL) SEBAGAI NORMAL BAHARU DAN IMPAK DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Sri Ningsih Sukirman
  • Jabil Mapjabil
  • Maryama Ag. Daud
  • Rosli Sareya
  • Soffriezan Yahya
  • Patricia Jipoh

Abstract

Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang mula dikesan pada akhir bulan Januari 2020 lalu telah memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seterusnya dilanjutkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 18 Mac dan seterusnya dilanjutkan hingga 31 Disember 2020. Memandangkan pengalaman PKP ini adalah pertama kali bagi kebanyakan penduduk dan tempohnya yang panjang sehingga menjangkau 24 minggu, ia didapati memberikan impak terhadap pelbagai sektor ekonomi negara. Salah satu sektor berkenaan adalah industri media, seni dan hiburan. Penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP didapati memberikan kesan yang mendalam terutamanya terhadap penggiat seni persembahan di negeri Sabah. Asas permasalahan kajian ini didasarkan pada bagaimanakah mereka mengadaptasi pendekatan persembahan dari normal biasa bersifat fizikal ke normal baharu iaitu ‘pentas’ digital dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam tempoh COVID-19 nanti? Kajian ini menggunakan pendekatan sorotan literatur yang berkaitan dengan isu pandemik COVID-19 dan industri media, seni dan hiburan.

Downloads

Published

2020-10-31