TINJAUAN LITERATUR KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP KELANGSUNGAN KEUSAHAWANAN KRAF TRADISIONAL SKALA KECIL DALAM PELANCONGAN DOMESTIK DI SABAH

Authors

  • Siti Aidah Lukin @ Lokin
  • Jabil Mapjabil
  • Zuraidah Jamrin
  • Halina Sendera Mohd. Yakin
  • Suraya Sintang

Abstract

Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 bagi memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik yang amat berbahaya terhadap keselamatan nyawa manusia. Industri pelancongan merupakan industri yang paling awal terjejas ketika pelaksanaan PKP dan yang paling lambat pulih selepas PKP ditamatkan. Industri pelancongan domestik di Sabah khususnya pelancongan berasaskan warisan budaya tempatan yang melibatkan keusahawanan kraf tradisional skala kecil amat terkesan dengan perintah PKP ini. Kajian literatur menunjukkan penyelidikan yang terhad dilakukan tentang ancaman wabak terhadap industri pelancongan domestik. Sebaliknya kajian lebih tertumpu kepada aspek pemulihan dan pengurusan krisis pandemik. Kajian ini cuba mengenal pasti kesan yang dihadapi oleh usahawan kraf tradisional skala kecil dalam tempoh PKP sehinggalah pasca pandemik COVID-19 di Sabah khususnya di daerah Kota Belud, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu. Daripada penelitian kesan tersebut kajian ini seterusnya akan mengenal pasti strategi yang diamalkan, dirancang dan dicadangkan oleh usahawan dalam memperkasa pelancongan domestik dalam tempoh PKP sehinggalah pasca pandemik COVID-19. Hasil kajian akan mencadangkan langkah strategi pengurusan risiko dan krisis penularan wabak COVID-19 serta pandemik lain yang boleh dibangunkan untuk memperkasa usahawan kraf tradisional skala kecil pada masa akan datang. Justeru, kajian ini cuba menggunakan pendekatan tinjauan literatur yang berkaitan dengan kesan pandemik COVID-19 terhadap kelangsungan keusahawanan kraf tradisional skala kecil dalam pelancongan domestik di Sabah.

Downloads

Published

2020-10-31