TINJAUAN LITERATUR PENYAKIT BERJANGKIT DAN KESAN PENULARAN COVID-19 KEPADA GOLONGAN B40

Authors

  • Nor-Ina Kanyo
  • Dzurizah Ibrahim
  • Rizal Othman
  • Siti Mariam Gulam
  • Badariah Ab Rahman
  • Rosazman Hussin
  • Jabil Mapjabil
  • Ayesah Uy Abubakar

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang penyakit berjangkit berbahaya yang telah melanda dunia termasuk Malaysia. Ramai yang telah terkorban dari pandemik penyakit berjangkit ini. Pada ketika ini, dunia telah dikejutkan dengan penularan penyakit berjangkit iaitu COVID-19 dan telah memaksa kebanyakkan negara di dunia melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk Malaysia sebagai langkah pencegahan. Perintah kawalan pergerakan (PKP) ini dilaksanakan bertujuan untuk memutuskan rantaian perjangkit berjangkit COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Justeru itu, PKP ini telah menjejaskan kehidupan manusia khususnya kepada golongan B40 yang begantung hidup kepada sumber pendapatan di sektor informal. Sehubungan dengan itu, timbul persoalan mengenai penularan wabak COVID-19 ini iaitu mengkaji impak PKP COVID-19 ke atas golongan B40 di sektor informal bandar terpilih di Sabah dan meneliti impak pakej rangsangan ekonomi PKP COVID-19 oleh kerajaan ke atas golongan B40 di sektor informal bandar terpilih di Sabah. Di samping itu, artikel ini adalah untuk mengulas isu penularan penyakit berjangkit dunia termasuk COVID-19 dan mengamati langkah-langkah positif yang telah diambil oleh negara tersebut dalam menghadapi krisis terburuk dunia yang berlaku ketika ini.

Downloads

Published

2020-10-31