TINJAUAN STRATEGI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA

Authors

  • Nor-Ina Kanyo
  • Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
  • Jabil Mapjabil
  • Rosazman Hussin
  • Suhailah Abdul Muin
  • Jashmaira Kipli

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan tinjauan strategi pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia dalam menghadapi pandemik wabak COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti segala bentuk langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19. Dalam kajian ini akan menekankan peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Fokus kajian ini adalah berkaitan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut fasa iaitu dari fasa 1 hingga fasa 7. Tidak dinafikan apabila PKP dilaksanakan tetap ada kes yang dilaporkan saban hari namun pelaksanaan PKP di Malaysia dilihat mampu untuk mengawal rebakan penyakit ini daripada menjadi lebih teruk. Hal ini terbukti melalui laporan kes harian yang dilaporkan oleh KKM, menunjukan data terkawal dan menurun pada fasa PKP dilaksanakan. Selain itu, kajian ini ingin melihat sejauhmana kepatuhan masyarakat Malaysia terhadap pelaksanaan PKP. Sepanjang PKP dijalankan masih terdapat tangkapan terhadap beberapa individu yang melanggar arahan PKP hingga menyebabkan kerajaan mengeluarkan arahan bagi mengenakan tindakan yang lebih tegas dikenakan pada fasa 3 PKP dilaksanakan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan iaitu merujuk kepada pembacaan kajian lepas, keratan akhbar, laman rasmi kerajaan dan dokumen yang berkaitan.

Downloads

Published

2020-10-31