PERANAN HISBAH DALAM MENGAWAL PSIKOLOGI PELAKU PEMBANGUNAN ISLAM

Authors

  • Afifi Farhana Mhd Poad
  • Azrin Ibrahim

Abstract

Manusia merupakan pelaku pembangunan Islam yang memainkan peranan penting dalam melancarkan aktiviti sesuai dengan perintah Allah SWT. Bagi memastikan fungsi pelaku pembangunan Islam sebagai khalifah Allah SWT dapat dilaksanakan sebaik mungkin ia haruslah melibatkan pengawalan terhadap elemen psikologi yang merangkumi roh, hati, akal dan nafsu. Justeru, psikologi pelaku pembangunan perlu dikawal agar setiap tindakan dalam melaksanakan tugasan tidak melanggar batas dan syariat agama. Namun persoalannya, apakah elemen pengawalan dalam Islam yang boleh diaplikasikan dalam mengawal psikologi pelaku pembangunan Islam? Bagaimanakah ia memainkan peranan untuk mengawal psikologi pelaku pembangunan Islam? Oleh yang demikian, artikel ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, untuk mengenal pasti elemen pengawalan dalam Islam iaitu hisbah; kedua untuk menganalisis peranan hisbah dalam mengawal psikologi pelaku pembangunan Islam. Bagi merungkai objektif tersebut, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui kajian dokumen. Setelah itu, data yang diperoleh melalui kajian dokumen akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa hisbah berperanan untuk mengawal psikologi pelaku pembangunan Islam berdasarkan elemen-elemen yang dibincangkan.

Downloads

Published

2020-06-30