MAQASID AL-SYARIAH: ANALISIS BERDASARKAN PEMIKIRAN SARJANA EKONOMI ISLAM ARUS PERDANA

Authors

  • Norashikin Ahmad

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran maqasid al-syariah sarjana ekonomi Islam arus perdana. Maqasid al-syariah ialah tujuan disyariatkan sesuatu hukum berdasarkan dalil-dalil syarak untuk kemaslahatan manusia. Ia telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Terdapat dua faktor utama yang mendorong penggunaannya. Pertama, disiplin ilmu ini mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia; dan kedua, pengaplikasiannya bersesuaian dengan era globalisasi yang semakin berkembang. Persoalannya, apakah konsep maqasid al-syariah? Apakah pemikiran maqasid al-syariah sarjana ekonomi Islam arus perdana. Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, kajian ini akan dilakukan berdasarkan dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti konsep maqasid al-syariah; dan kedua, menganalisis pemikiran maqasid al-syariah sarjana ekonomi Islam arus perdana. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan analisis kandungan. Akhirnya, kertas kerja ini merumuskan bahawa terdapat dua corak pemikiran maqasid al-syariah dalam ekonomi Islam arus perdana. Pertama, terikat dengan ijtihad fiqh klasik; dan kedua, mengintegrasikan teori-teori barat menjadi Islam selagi mana teori tersebut tidak bertentangan dengan tujuan-tujuan syariat (maqasid al-syariah).

Downloads

Published

2020-06-30