ANALISIS PERBANDINGAN TERHADAP PELAKSANAAN AR-RAHNU DI BANK RAKYAT DAN YAPIEM

Authors

  • Wan Naimah Wan Daud
  • Profesor Madya Dr. Zakaria Bahari
  • Dr. Murni Yusoff

Abstract

Kewujudan institusi pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) telah menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara melalui pembiayaan hutang berasaskan cagaran. Ar-Rahnu merupakan satu skim yang diperkenalkan untuk melindungi masyarakat Islam daripada transaksi gadaian yang berunsurkan riba. Tumpuan kajian ini menfokuskan kepada dua institusi yang dipilih iaitu Bank Rakyat dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YAPIEM). Objektif kajian ini untuk meneliti kaedah pelaksanaan Ar-Rahnu dan membuat analisis perbandingan bagi kedua-dua institusi tersebut. Kajian ini penting kerana perbezaan pelaksanaan di antara organisasi yang dipilih akan mempengaruhi gelagat pelanggan dalam proses mereka untuk menjalankan kontrak Ar-Rahnu. Data dikumpulkan melalui kaedah perpustakaan dan dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pelaksanaan Ar-Rahnu di Bank Rakyat dan YAPIEM mempunyai persamaan dan perbezaan pada beberapa aspek yang menjadi tumpuan kajian iaitu dari segi objektif penubuhan, produk terkini yang ditawarkan. kepatuhan syariah dan ciri-ciri perkhidmatan. Kedua-dua institusi ini mematuhi kontrak Ar-Rahnu iaitu berasaskan kontrak qard al-hasan, al-wadiah yad dhamanah dan al-ujrah. Diharapkan kertas kerja ini dapat membantu pihak yang terlibat terutama para pelanggan Ar-Rahnu untuk membuat pilihan yang terbaik. Persaingan secara sihat amat penting dalam kalangan institusi untuk menggalakkan masyarakat memilih sistem gadaian berteraskan Islam.

Downloads

Published

2020-06-30