PELABURAN SAHAM: PROSPEK DAN CABARAN SEBAGAI PENDAPATAN PASIF DALAM KALANGAN BUMIPUTERA DI MALAYSIA

Authors

  • Radieah Mohd Nor

Abstract

Kesedaran untuk melabur dalam kalangan bumiputera semakin bertambah berbanding 10 tahun yang lalu. Mereka mula memilih untuk melabur dalam unit amanah saham untuk meningkatkan pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, kesedaran mereka semakin memuncak apabila golongan bumiputera mula memilih untuk melabur terus ke dalam pasaran saham di Bursa Malaysia berbanding menggunakan medium perantara seperti unit amanah saham, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah Fenomenalogi (Phenomenology). Kaedah persampelan data pula menggunakan Teknik Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling) melalui kaedah Pemerhatian Turut Serta (Participating Observation). Kajian ini cuba meneliti cabaran yang dihadapi oleh golongan bumiputera untuk melabur dalam pasaran saham berdasarkan soal selidik separa terbuka terhadap 12 orang Bumiputera yang telah berjaya menambah pandapatan mereka melalui perlaburan saham di Bursa Malaysia. Hasil dapatan kajian mendapati, modal bukanlah faktor utama seseorang itu berjaya dalam perlaburan saham sebaliknya adalah penguasaan ilmu berkaitan perlaburan saham, menguasi maklumat berkaitan keadaan semasa pasaran, nasihat yang berterusan daripada mentor, disiplin dalam setiap pelan perlaburan dan bijak mengawal emosi. Hasil dapatan tersebut ternyata, perlaburan saham boleh menjadi pendapatan pasif memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat memerlukan mereka untuk menambah pendapatan sedia ada untuk menampung kehidupan mereka.

Downloads

Published

2020-06-30