PELAKSANAAN ISTIBDÄ€L TANAH-TANAH WAKAF DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP PERBEZAAN KEPUTUSAN FATWA NEGERI-NEGERI

Authors

  • Mohd Ridzuan Mohamad

Abstract

Peranan institusi fatwa adalah penting di negara ini. Ia melibatkan perbincangan mengenai keputusan hukum syarak yang telah dikeluarkan dan perlu disesuaikan mengikut suasana dan perundangan sivil yang terlibat. Dalam konteks pelaksanaan istibdÄl, terdapat beberapa perkara yang masih menjadi perhatian dan kekeliruanya terhadap keputusan fatwa yang telah dikeluarkan. Ini berlaku apabila ia diadaptasi terhadap perundangan sivil khususnya berkait dengan undang-undang pembangunan hartanah seperti Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) dan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Setelah perkara ini di bawa di peringkat jawatankuasa fatwa, ia mempunyai keputusan yang berbeza iaitu pandangan pertama tidak membenarkan tanah wakaf diserahkan kepada Pihak Berkuasa tanpa melaksanakan istibdÄl dan pandangan kedua turut membenarkannya. Kajian ini mengunakan kajian kualitatif dan teknik pendekatan pula adalah teknik penerokaan terhadap dokumen yang berkaitan seperti kitab-kitab turath, keputusan jawatankuasa fatwa dan perundangan sivil. Teknik analisis dokumen ini dijalankan melalui pendekatan induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati bawah perbezaan keputusan fatwa terhadap pelaksanaan istibdÄl bagi tanah-tanah wakaf adalah mempunyai hujah atau dalil tersendiri. Padangan pertama menjuruskan kepada prinsip asal wakaf manakala padangan kedua pula menjuruskan kepada prinsip maslahah dan juga melibatkan faktor kepentingan awam. Justeru itu, hasil perbincangan ini memberi penjelasan terhadap kekeliruan di kalangan masyarakat awam khusus umat Islam di negara ini

Downloads

Published

2020-06-30