PENYELIDIKAN ETNO-FALAK DALAM AKTIVITI MARITIM BERDASARKAN KONSEP ANTROPOLOGI ISLAM

Authors

  • Nur Aida Athirah Sulaiman
  • Shahir Akram Hassan

Abstract

Penyelidikan etno-falak merupakan kajian yang mengkaji tentang hubungan kepercayaan, budaya dan sistem sosial masyarakat tertentu berkenaan ilmu falak. Penyelidikan etno-falak dilihat sebagai ilmu yang mempunyai tasawur dan epistemologi tersendiri berbeza dengan penyelidikan etnoastronomi. Selain itu, pengetahuan ilmu falak ini masih diguna pakai dalam kalangan masyarakat setempat khususnya dalam aktiviti maritim mereka. Antropologi Islam pula merupakan kajian berkenaan manusia dalam masyarakat tertentu yang merujuk kepada orientasi Islam. Oleh itu, timbul persoalan bagaimanakah penyelidikan etno-falak dalam aktiviti maritim dikaji berdasarkan konsep antropologi Islam? Bagi menjawab persoalan ini, dua objektif utama dikemukakan. Pertama, mengenal pasti asas pembentukan konsep antropologi Islam. Kedua, menganalisis penyelidikan etno-falak dalam aktiviti maritim berdasarkan kepada asas pembentukan konsep antropologi Islam. Kaedah kajian dokumen digunakan dalam kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis kandungan kualitatif digunakan untuk menganalisis dapatan yang telah dikumpulkan. Akhirnya, kertas kerja ini merumuskan, konsep etno-falak dalam antropologi Islam haruslah berdasarkan kepada asas al-Qur’an dan Hadith dan empat konsep utama antropologi Islam iaitu, tauhid, ummah, din, syariah dan minhaj.

Downloads

Published

2020-06-30