PENENTU KEPUASAN PESERTA TAKAFUL TERHADAP EJEN TAKAFUL

Authors

  • Nor Arini Abdullah
  • Shahir Akram Hassan

Abstract

Peserta takaful merupakan individu penting kepada syarikat takaful. Hal ini kerana perkembangan dan prestasi syarikat takaful dapat dilihat bergantung kepada jumlah peserta yang menyertai polisi takaful di syarikat takaful tersebut. Namun begitu, kebergantungan peserta takaful untuk terus kekal dalam menyertai syarikat takaful dilihat berkait rapat dengan kepuasan peserta takaful terhadap ejen syarikat takaful. Jika ejen takaful mengabaikan perkhidmatannya kepada peserta takaful, berkemungkinan peserta takaful tersebut akan menarik diri daripada menyertai skim takaful di syarikat takaful tersebut. Timbul persoalan, apakah penentu kepuasan peserta takaful? Apakah penentu penentu-penentu tersebut mempengaruhi peserta takaful untuk terus kekal menyertai skim takaful? Apakah penentu kepuasan peserta takaful terhadap ejen takaful? Oleh itu, bagi menjawab persoalan-persolan ini, artikel ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti penentu kepuasan peserta takaful; dan kedua, menganalisis penentu kepuasan peserta takaful terhadap ejen takaful. Artikel ini dijalankan dengan mengaplikasi kaedah kualitatif melalui kajian dokumen terhadap karya-karya terpilih. Data-data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Penemuan menunjukkan bahawa ejen takaful yang mempunyai ilmu pengetahuan dan informasi yang cukup merupakan penentuan kepuasan peserta takaful terhadap ejen.

Downloads

Published

2020-06-30