TERJEMAHAN KINAYAH DALAM WACANA AL-QURAN: ANALISIS TEORI KOMUNIKATIF NEWMARK

Authors

  • Dr. Nasimah Abdullah
  • Dr. Lubna Abd. Rahman
  • Dr. Saifulah Samsudin

Abstract

Dalam pengajian ilmu retorik bahasa Arab (al-balÄghah), kinÄyah tergolong di bawah komponen ilmu al-bayÄn. KinÄyah bermaksud menyebut sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan pengertian lain yang bukan pengertian zahirnya atau didefinisikan juga sebagai ungkapan yang mempunyai maksud sindiran dan boleh digunakan untuk maknanya yang asal. Oleh itu, ayat tersebut perlu ditafsirkan dengan jelas mengikut konteks ayat agar maksud sebenarnya dapat disampaikan dengan tepat. Makalah ini bertujuan menganalisa terjemahan kinÄyah dalam terjemahan makna al-Quran daripada aspek kerangka teori Terjemahan Komunikatif yang dikemukakan oleh Newmark dan meneliti kesepadanan maksud terjemahan ayat al-Quran yang mengandungi gaya bahasa kinÄyah ke bahasa Melayu berdasarkan pentafsiran ulama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis kandungan teks yang dihurai secara deskriptif dengan memilih lapan (8) kinÄyah dalam al-Quran sebagai sampel kajian. Korpus kajian pula adalah “al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan†yang diterbitkan oleh Yayasan Restu dan “Terjemahan al-Quran al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu†yang diterbitkan oleh al-Hidayah House of Quran Sdn. Bhd. Dari segi pengukuran kesepadanan mesej bahasa sumber dengan bahasa sasaran, kajian ini berpegang kepada pentafsiran kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti al-BaydhÄwi, al-Tabari, al-Qurtubi, al-Zamakhsyari, Ibn ‘AsyÅ«r, al-Zarkasyi dan al-SuyÅ«ti. Berdasarkan kepada lapan (8) sampel yang dikaji, kajian ini mendapati bahawa pendekatan komunikatif Newmark jika dilihat dari sudut budaya, mampu memindahkan elemen asing yang terdapat pada teks sumber ke dalam budaya bahasa sasaran walaupun kehilangan kandungan semantik. Hal ini kerana bentuk bahasa sasaran adalah lebih lancar, mudah, jelas dan kecenderungan kepada kurang terjemah. Justeru, penterjemah boleh memilih pendekatan komunikatif semasa menterjemah gaya bahasa kinÄyah untuk menyampaikan mesej bahasa sumber kepada bahasa sasaran agar pemahaman terhadap maksud teks yang sebenar dapat dicapai.

Downloads

Published

2020-06-30