FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEPERLUAN MAKANAN HALALAN TAYYIBAN DALAM KALANGAN PENGGUNA BELIA MUSLIM

Authors

  • Nadiah Rus Liyana Rusli

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang berupaya untuk mempengaruhi pengguna belia Muslim Malaysia terhadap keperluan makanan halalan tayyiban. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan melalui persampelan rawak mudah dan sejumlah 100 orang belia terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahawa faktor penentu pemilihan iaitu kefahaman halal dan tabiat pemakanan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap keperluan untuk mendapatkan makanan halalan tayyiban. Faktor dominon yang didapati mempunyai hubungan yang kuat terhadap keperluan untuk mendapatkan makanan halalan tayyiban adalah faktor kefahaman halal. Manakala faktor kefahaman tayyiban dilihat tidak memberi pengaruh kepada pengguna belia Muslim untuk mendapatkan makanan halalan tayyiban.

Downloads

Published

2020-06-30