PELAKSANAAN AMANAH TAKAFUL DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Authors

  • Muhaimin Bin Yaakob
  • Muhamad Mu’izz Bin Abdullah
  • Mohamad Fadzil Bin Mohamad

Abstract

Perancangan harta pusaka dan pengurusan risiko adalah elemen penting dalam kehidupan masyarakat muslim. Pada masa kini, kita diperkenalkan dengan instrumen amanah takaful. Ia adalah salah satu instrumen perancangan harta yang menggabungkan dua akad berbeza dan memiliki ciri-ciri tersendiri. Namun begitu, timbul persoalan sejauh manakah konsep ini dapat menunaikan kehendak pencarum khususnya untuk menjaga kepentingan keluarga dan kanak-kanak bawah umur selepas kematiannya? Pelaksanaannya juga masih kabur kerana tidak diaplikasikan secara meluas dalam industri perancangan harta di Malaysia. Oleh itu, makalah ini akan memfokuskan kepada produk takaful hayat (life insurance) dan mengkaji konsep pelaksanaan Amanah Takaful dalam memenuhi tuntutan Maqasid Syariah (Hifz al-Mal). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan pendekatan diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa Amanah Takaful dilihat berpotensi menjadi salah satu instrumen yang berkesan dalam perancangan harta pusaka dan memenuhi tuntutan Maqasid Syariah (Hifz al-Mal). Kesimpulannya, Amanah Takaful mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam sektor industri perancangan harta muslim di Malaysia.

Downloads

Published

2020-06-30