KEFAHAMAN GURU PENDIDIKAN ISLAM TENTANG KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Authors

  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain
  • Wan Hassan Wan Embong
  • Siti Fatihah Osman

Abstract

Kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap pemikiran kritis sangat penting bagi mengukuhkan amalan pengajaran dan tingkah laku guru di dalam bilik darjah. Kefahaman guru Pendidikan Islam tentang pemikiran kritis penting dalam membantu meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Pemikiran kritis dalam abad ke-21 masa kini sangat diperlukan bagi guru Pendidikan Islam menangani pelbagai kebejatan maklumat untuk memberikan pengajaran yang terbaik kepada para pelajar. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka kefahaman guru Pendidikan Islam tentang pemikiran kritis dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan metod kajian kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data melibatkan temu bual mendalam yang menghasilkan dapatan awal bagi objektif pertama sahaja dipaparkan bagi memberikan pemahaman yang kukuh terhadap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap pemikiran kritis. Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan dua orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah menengah sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam mempunyai kefahaman bahawa pemikiran kritis ialah kemahiran berfikir berlandaskan al-Quran dan Sunnah dan kemahiran pembelajaran abad ke 21 adalah kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa dan teknologi digital.

Downloads

Published

2020-06-30